Wednesday, November 21, 2012

Registry editing

Perhatian, Modifikasi windows registry boleh merosakkan windows anda dan menyebabkan windows anda tidak berfungsi langsung. ubahsuai atas RISIKO SENDIRI.

Kebanyakan game seperti Fifa, PES dan lain-lain tidak boleh copy-paste ke computer lain. Jadi kalau kita nak ambil dari komputer kawan memang tak dapat. Bila paste kat komputer lain ja dia akan tulis "game is not installed". Ini adalah kerana kebanyakan software akan meletakkan satu registry yang berkaitan dengan installation filenya di system windows.

Cara-cara nak korek registry adalah seperti berikut.

1. Enterkan regedit pada windows run.


















2. Bila registry editor dah keluar. Buka lokasi HKEY_LOCAL_MACHINE/software. kebanyakan software yang diinstall di windows akan meninggalkan registry disini.









3. Cari software yang anda nak copy dan klik kanan. Kemudian export. Save file itu ditempat yang anda nak modify sebagai contoh: Fifa 12.reg. File ini boleh dibuka dengan notepad. Ini adalah contoh sebenar registry fifa 2012 yang saya telah modify.





4. Bahagian install directory saya cuma letak noktah supaya game tersebut saya boleh paste dimana-mana drive atau folder untuk dimainkan.
"Install Dir"="."


Thursday, November 15, 2012

Diskless Vs Network Disk

Apa itu diskless?

Diskless ialah satu sistem dimana workstation yang kita gunakan tiada hard disk. Workstation akan boot menggunakan network daripada satu terminal server yang mengandungi image OS yang sesuai untuk workstation.

Kelebihan diskless ialah penjimatan kos apabila kita tidak perlu membeli harddisk untuk setiap workstation. Jikalau satu harddisk 320GB berharga RM150 sebagai contoh. 50 workstation dapat menjimatkan RM7500 dengan menggunakan sistem diskless.

Apa itu Network Disk?

Network disk biasa digunakan di pusat-pusat pengajian, makmal dan lain-lain.Network disk juga yang digunakan untuk game server. Workstation akan berhubung dengan server melalui software Internet Small Computer System Interface (ISCSI) pada workstation. Server akan share partition atau drive sepenuhnya kepada workstation. Hasilnya, jika server share 5terabyte harddisk, workstation juga akan ada 5Terabyte harddisk sama seperti diskless system. Bezanya secara ringkas workstation perlukan harddisk untuk Operating System .

Kebanyakan software direka khusus untuk diskless atau network disk sahaja. Tetapi ada software yang mempunyai fungsi untuk kedua-duanya sekali. Antara software-software yang popular adalah:



  • CITRIX (PVS) 
  • RICHTECH 
  • VxpDISKLESS
  • CCBoot 2.0 
  • NxD NetZoneSoft 
Kebanyakan software dibuat dalam bahasa cina dan perlukan manual untuk install. Software2 ini juga boleh dicari di internet dan ada yang percuma.

Kelebihan diskless
-Jimat wang untuk harddisk
-Jimat tenaga bila tiada harddisk

Kekurangan diskless
-Hardware semua workstation perlu sama
-Perlu Multiple image untuk spec hardware yang berbeza
-Jikalau server rosak,workstation tidak dapat digunakan. Perlu server backup

Kelebihan network disk
-Jikalau server rosak, workstation masih berfungsi

Kekurangan
-OS perlu setting pada setiap workstation

Tuesday, November 13, 2012

Masih Relevankah Cybercafe?

Tujuan saya menulis blog ini sekadar ingin berkongsi pengalaman saya yang tidak seberapa. Sudah menjadi lumrah manusia inginkan sesuatu yang percuma. Begitu juga tentang cybercafe ni, kalau boleh semua nak percuma, hehe. Tapi, memang kebanyakan aplikasi yang berkaitan dengan cybercafe ni percuma. Maka, yang baik dan percuma inilah kita kongsi-kongsikan, untuk kemajuan bersama. Khas untuk yang dah ada cybercafe juga yang ingin membuka suatu hari nanti

Saya pasti ramai yang bercita-cita dan berminat ingin membuka cybercafe sendiri tetapi banyak halangan dan persoalan yang terpaksa ditempuhi contohnya:

1. Modal-tak tahu nak buat bajet dan tiada sumber modal
2. Masa- Tidak berani untuk memberi komitmen kerana kerja yang sedia ada
3. Tempat - Kalau dua2 tu dah ada tapi takde tempat pun x boleh nak jalan jugak
4. Ilmu dan kemahiran - Yang ni bukan masalah. Ilmu dan kemahiran akan bertambah mengikut masa.

Biar saya huraikan semua faktor-faktor diatas.

1. Modal ni sesuatu yang saya boleh katakan ikut selera masing2. Saya bahagikan selera ni kepada beberapa kategori
  • Bilangan Client: Perlu diingat bahawa bilangan client akan menentukan pendapatan anda. contoh kiraan untuk RM2 sejam. Buka 12 jam. Kita ambil minimum 6 jam je orang penuh.
    • 10 unit * RM2*6jam = RM120 sehari sebulan RM3600
    • 20 unit? boleh pergi RM240 sehari. sebulan RM7200
  • Spec client : kaji dulu target market anda (student, orang dewasa, kanak-kanak). Kalau cc dekat kawasan student kene fokus kelajuan internet untuk browsing dan printing, kalau banyak budak skolah mestilah fokus game. Jadi, spec yang macam mana sesuai?
    • Untuk internet: Pentium 4 2.8Ghz keatas/ Ram 2GB dah cukup.
    • Untuk Gaming: Nak cantik ambil Core 2 baru boleh main semua game, tapi kalau nk main game online Pentium 4 dengan graphic card dah cukup, nak lebih algi ambil Dual core atau Pentium D.
  •  Saya bagi range harga 2nd:
    • Pentium 4 HT 150-200. 10 unit lebih kurang 200*10 = 2000
    • Pentium D/ Dual Core dalam 210-260. 10 unit = 2600
    • Core 2 dalam 300-400. 10 unit = 4000
  •  Monitor:
    • 17" LCD 2nd : 160-190. 10 unit =1900
    • 19" LCD 2nd :  180-220. 10 unit =2200
  • Keyboard & Mouse : Kalau saya ambil yg 2nd harga dalam 7-10. Jenama dell/hp sebab tahan lasak kalau nk keyboard baru ambil logitech/genius/microsoft.
    • sesetengah cc suka beli keyboard mouse baru yang harganya sekitar RM10. Saya tidak begitu setuju kerana bedasarkan pengalaman saya pernah beli 10 keyboard RM12. 5 bulan pakai semua rosak. Ada yang pakai sebulan je dah jahanam. Solution dia saya guna keyboard 2nd dan mouse Logitech/Genius baru range harga dalam 16-23.
  • Total Modal..contoh (cpu pentium D/monitor 17"/keyboard mouse)  2600+1900+220=4720
    • Wiring? kalau buat sendiri 20 point dalam 300-400. kalau suruh wireman 1 point dalam RM50*20 = 1000
    • Meja+ Kerusi 
      • folding table 5 kaki * 2 = 110+- total=550
      • Kerusi plastik = +- 20 = 200
      • jumlah semua 750
    • Networking 
      • sekotak cat 5 = +- 150
      • RJ45 100pcs= 80
      • Switch 16 port = 90
      • total DIY = 320
      • orang lain buatkan 1 port dalam 60*10= 600
    • Aircon - yang ni terpulang nak pakai boleh xnk pakai pun boleh. Kalau pakai PC 2nd mungkin boleh tahan setahun -3 tahun. Kalau x pakai berdasarkan pengalaman dalam 2 bulan atleast 1 pc rosak minor. 
      • 10 pc cukupla pakai 1.5HP kalau kedai tu mmg padat. harga bawah RM1500
    • Pintu Kaca partition dll +- 1000
    • Jumlah semua = 9570
  • Modal je dah 9750 untuk cc basic. belum kira pc kaunter/ graphic card/ game server. Ni semua harga kalau orang setupkan.Kalau buat sendiri boleh kurang kos banyak .Caranya lain kali saya cerita.
 2. Masa : 3-6 jam untuk maintenance dan update seminggu. Kalau bolej jaga full time lagi bagus, bole tolak kos pekerja

3. Tempat: kalau nak bukak kene pilih kawasan seperti
  • Dekat dengan perumahan = kalau ada flat atau pangsapuri lagi cantik
  • Dekat dengan pusat pengajian ( universiti/kolej)
  • Kurang persaingan. Kalau bersaing dengan cc besar2 memang kene turun harga min harga RM1.50. kalau buat RM1 mmg rugi. Kalau dapat 2-3.5 mmg cantik.
 4. Ilmu dan kemahiran. Boleh korek2 di kedai komputer berhampiran dan juga di internet WWW. Kene pandai cari dan up bahasa omputeh.

Jadi kalau modal je dah 9570, boleh untung ke? mesti tak berani kan? kalau tanya sedara mara, sahabat handai, atau mak ayah mesti ramai yang bagi jawapan negatif. Ko Gila? Nanti rosak x boleh repair cmne? Kalau rugi cmne? Boleh ke untung? Baik masuk ASB.. hehe.

Macam yang saya cerita kat atas sebulan boleh dapat kira-kira RM3700
jadi nak dapat jumlah bersih
  • pekerja = RM500
  • Streamyx 4mb = RM140
  • Elektrik = 150-300
  • Air = RM20
  • Sewa Kedai= RM500+-
  • Total = RM1500+-
  • Bersih? =RM2200 ok ke?
2200*12 bulan =  26400 tak sampai 5 bulan balik modal.
Betul ke? Insyaallah kalau kene cara memang saya dah buat 5 bulan balik modal.
Jadi relevankah lagi cybercafe di zaman yang maju ni? nak katakan semua rumah dah ada pc ada laptop 1 malaysia. Jawapan saya : Kalau ada rezeki, kemahuan, kesungguhan insyaallah boleh tercapai.

Sekian, perkongsian kali ini. Akan datang saya akan berkongsi sistem, dan lain-lain lagi dari A-Z.

Wassalam