Thursday, November 15, 2012

Diskless Vs Network Disk

Apa itu diskless?

Diskless ialah satu sistem dimana workstation yang kita gunakan tiada hard disk. Workstation akan boot menggunakan network daripada satu terminal server yang mengandungi image OS yang sesuai untuk workstation.

Kelebihan diskless ialah penjimatan kos apabila kita tidak perlu membeli harddisk untuk setiap workstation. Jikalau satu harddisk 320GB berharga RM150 sebagai contoh. 50 workstation dapat menjimatkan RM7500 dengan menggunakan sistem diskless.

Apa itu Network Disk?

Network disk biasa digunakan di pusat-pusat pengajian, makmal dan lain-lain.Network disk juga yang digunakan untuk game server. Workstation akan berhubung dengan server melalui software Internet Small Computer System Interface (ISCSI) pada workstation. Server akan share partition atau drive sepenuhnya kepada workstation. Hasilnya, jika server share 5terabyte harddisk, workstation juga akan ada 5Terabyte harddisk sama seperti diskless system. Bezanya secara ringkas workstation perlukan harddisk untuk Operating System .

Kebanyakan software direka khusus untuk diskless atau network disk sahaja. Tetapi ada software yang mempunyai fungsi untuk kedua-duanya sekali. Antara software-software yang popular adalah:



  • CITRIX (PVS) 
  • RICHTECH 
  • VxpDISKLESS
  • CCBoot 2.0 
  • NxD NetZoneSoft 
Kebanyakan software dibuat dalam bahasa cina dan perlukan manual untuk install. Software2 ini juga boleh dicari di internet dan ada yang percuma.

Kelebihan diskless
-Jimat wang untuk harddisk
-Jimat tenaga bila tiada harddisk

Kekurangan diskless
-Hardware semua workstation perlu sama
-Perlu Multiple image untuk spec hardware yang berbeza
-Jikalau server rosak,workstation tidak dapat digunakan. Perlu server backup

Kelebihan network disk
-Jikalau server rosak, workstation masih berfungsi

Kekurangan
-OS perlu setting pada setiap workstation

1 comment: