Saya pasti ramai yang bercita-cita dan berminat ingin membuka cybercafe sendiri tetapi banyak halangan dan persoalan yang terpaksa ditempuhi contohnya:
1. Modal-tak tahu nak buat bajet dan tiada sumber modal
2. Masa- Tidak berani untuk memberi komitmen kerana kerja yang sedia ada
3. Tempat - Kalau dua2 tu dah ada tapi takde tempat pun x boleh nak jalan jugak
4. Ilmu dan kemahiran - Yang ni bukan masalah. Ilmu dan kemahiran akan bertambah mengikut masa.
Biar saya huraikan semua faktor-faktor diatas.
1. Modal ni sesuatu yang saya boleh katakan ikut selera masing2. Saya bahagikan selera ni kepada beberapa kategori
- Bilangan Client: Perlu diingat bahawa bilangan client akan menentukan pendapatan anda. contoh kiraan untuk RM2 sejam. Buka 12 jam. Kita ambil minimum 6 jam je orang penuh.
- 10 unit * RM2*6jam = RM120 sehari sebulan RM3600
- 20 unit? boleh pergi RM240 sehari. sebulan RM7200
- Spec client : kaji dulu target market anda (student, orang dewasa, kanak-kanak). Kalau cc dekat kawasan student kene fokus kelajuan internet untuk browsing dan printing, kalau banyak budak skolah mestilah fokus game. Jadi, spec yang macam mana sesuai?
- Untuk internet: Pentium 4 2.8Ghz keatas/ Ram 2GB dah cukup.
- Untuk Gaming: Nak cantik ambil Core 2 baru boleh main semua game, tapi kalau nk main game online Pentium 4 dengan graphic card dah cukup, nak lebih algi ambil Dual core atau Pentium D.
- Saya bagi range harga 2nd:
- Pentium 4 HT 150-200. 10 unit lebih kurang 200*10 = 2000
- Pentium D/ Dual Core dalam 210-260. 10 unit = 2600
- Core 2 dalam 300-400. 10 unit = 4000
- Monitor:
- 17" LCD 2nd : 160-190. 10 unit =1900
- 19" LCD 2nd : 180-220. 10 unit =2200
- Keyboard & Mouse : Kalau saya ambil yg 2nd harga dalam 7-10. Jenama dell/hp sebab tahan lasak kalau nk keyboard baru ambil logitech/genius/microsoft.
- sesetengah cc suka beli keyboard mouse baru yang harganya sekitar RM10. Saya tidak begitu setuju kerana bedasarkan pengalaman saya pernah beli 10 keyboard RM12. 5 bulan pakai semua rosak. Ada yang pakai sebulan je dah jahanam. Solution dia saya guna keyboard 2nd dan mouse Logitech/Genius baru range harga dalam 16-23.
- Total Modal..contoh (cpu pentium D/monitor 17"/keyboard mouse) 2600+1900+220=4720
- Wiring? kalau buat sendiri 20 point dalam 300-400. kalau suruh wireman 1 point dalam RM50*20 = 1000
- Meja+ Kerusi
- folding table 5 kaki * 2 = 110+- total=550
- Kerusi plastik = +- 20 = 200
- jumlah semua 750
- Networking
- sekotak cat 5 = +- 150
- RJ45 100pcs= 80
- Switch 16 port = 90
- total DIY = 320
- orang lain buatkan 1 port dalam 60*10= 600
- Aircon - yang ni terpulang nak pakai boleh xnk pakai pun boleh. Kalau pakai PC 2nd mungkin boleh tahan setahun -3 tahun. Kalau x pakai berdasarkan pengalaman dalam 2 bulan atleast 1 pc rosak minor.
- 10 pc cukupla pakai 1.5HP kalau kedai tu mmg padat. harga bawah RM1500
- Pintu Kaca partition dll +- 1000
- Jumlah semua = 9570
- Modal je dah 9750 untuk cc basic. belum kira pc kaunter/ graphic card/ game server. Ni semua harga kalau orang setupkan.Kalau buat sendiri boleh kurang kos banyak .Caranya lain kali saya cerita.
3. Tempat: kalau nak bukak kene pilih kawasan seperti
- Dekat dengan perumahan = kalau ada flat atau pangsapuri lagi cantik
- Dekat dengan pusat pengajian ( universiti/kolej)
- Kurang persaingan. Kalau bersaing dengan cc besar2 memang kene turun harga min harga RM1.50. kalau buat RM1 mmg rugi. Kalau dapat 2-3.5 mmg cantik.
Jadi kalau modal je dah 9570, boleh untung ke? mesti tak berani kan? kalau tanya sedara mara, sahabat handai, atau mak ayah mesti ramai yang bagi jawapan negatif. Ko Gila? Nanti rosak x boleh repair cmne? Kalau rugi cmne? Boleh ke untung? Baik masuk ASB.. hehe.
Macam yang saya cerita kat atas sebulan boleh dapat kira-kira RM3700
jadi nak dapat jumlah bersih
- pekerja = RM500
- Streamyx 4mb = RM140
- Elektrik = 150-300
- Air = RM20
- Sewa Kedai= RM500+-
- Total = RM1500+-
- Bersih? =RM2200 ok ke?
Betul ke? Insyaallah kalau kene cara memang saya dah buat 5 bulan balik modal.
Jadi relevankah lagi cybercafe di zaman yang maju ni? nak katakan semua rumah dah ada pc ada laptop 1 malaysia. Jawapan saya : Kalau ada rezeki, kemahuan, kesungguhan insyaallah boleh tercapai.
Sekian, perkongsian kali ini. Akan datang saya akan berkongsi sistem, dan lain-lain lagi dari A-Z.
Wassalam
salam,sy bercadang nak bukak cc insyaallah dalam tahun hadapan,di kampung saya sarawak.spec cc untuk internet dan gaming.cadangan nak bukak 10 pc.server game,graphic card dan pc kaunter agak2 dlm berapa cost?game server biasa nak cari kat mana senang?
ReplyDeletesalam..costing macam yang saya tulis didalam blog. game server dan lain2 kalau tiada di sarawak encik boleh datang belajar buat ditempat saya
DeleteSangat berguna .. Terima Kasih banyak2
ReplyDeletesalam en abdul halim....boleh nyatakan x sofware apa yg digunakan untuk control cybercafe en halim??
ReplyDeleteassalamualaikum encik halim..sy bercadang nk bukak cyber cafe di pekan bakri muar johor..tp mslh nye sy tktau di mana hendak dptkn hrga pakage2 pc mcm encik halim kata kan..boleh tak encik hubungi sy di 0123466352 sya'ban terima kasih..
ReplyDeletememerlukan panduan..harap dpt call atau wassap saya..0127888745 yusri
ReplyDelete